Apabila seseorang menghadapi masalah dalam kehidupan mereka,ini akan menyebabkan kepada konflik dan terpaksa menempuhi stres. Setiap lapisan masyarakat mempunyai konflik dan juga langkah mengatasinya. Antara langkah menanganinya ialah:
- Adakah anda mempunyai hobi? Jikalau ya, anda boleh mengurangkan stres dengan melakukan hobi. Setiap orang mempunyai hobi tersendiri seperti memancing, berkebun, mendengar lagu, berbasikal, berenang, mendaki gunung dan sebagainya Melakukan aktiviti ini akan menghilangkan stres.
- Meluahkan isi hati dan perasaan kepada orang yang terdekat atau teman hidup anda. Saya adalah jenis yang suka berkongsi perasaan bersama teman saya bagi meringankan diri serta dapat memupuk silaturahim anda.
- Bermeditasi iaitu joya yang boleh diamalkan oleh 2 kali seminggu. Bermeditasi dapat meningkatkan tahap kontrentasi anda apabila melakukan sesuatu perkara dengan teliti. Ia juga menjimatkan masa kita berbanding dengan beristhirehat.
No comments:
Post a Comment