Saturday, 29 March 2014

TAKDIR





















             Takdir ini adalah ditentukan oleh tuhan. Manusia tidak boleh menganggap setiap kegagalan dan dugaan yang dihadapi adalah takdir malah ia adalah ujian harus diharungi dengan penuh kesabaran dan semangat daya usaha.  Setiap perkara yang berlaku dalam hidup ini bukan disengajakan tetapi mempunyai hikmah dan karma nya.... Jangan sekali kala menganggap kesusahan itu kita sahaja yang melalui . pernyataan itu salah. semua insan yang ada di bumi ini mempunyai kesusahan dan kelemahan  tesendiri tetapi dari pelbagai aspek dan caranya.. Penyelesaian untuk setiap masalah adalah BERANI MENGHADAPINYA,,,,
                   Masalah itu tidak wujud selagi kita tidak menganggap sebagai nmasalah .... so awak semua kena ingat masalah itu sebagai satu peluang keemasan ....  Maksud saya apabila kita menghadapi masalah mesti kita fikir macam mana nak selesaikan kan.... so dari sini awak semua memikirkan sesuatu yang baru dan baik untuk diri anda... jadi ini adalah peluang yang memberi anda memikirkan kehidupan anda.... masalah ini juga mempunyai kebaikan bagi diri kita.. Jangan sekali kala patah semangat sentiasa berusaha untuk berjaya dalam hidup... Bangkit dan teruskan perjalanan anda jangan  dan berundur ke belakang.... Perjalanan kita masih jauh lagi.... maka itu bermaksud banyak lagi yang kita akan menempuhi sebagai insan di bumi ini.... Sentiasa doakan yang terbaik untuk setiap orang bukan diri sendiri sahaja,,..
                 Cuba anda semua fikirkn adakah masalah akan selesai jika lari dari masalah itu?  jawapan nya bukan, ......maka apa yang patut kita buat? selesaikan masalah.... mudah sahaja selesaikan je.... Jika setiap ibu ingat susah dan sakit melahirkan anak x mungkin kita jejak kaki di bumi ini... jika setiap ibubapa  ingat susah nak menjaga, mencari nafkah, mendidik kamu semua tidak mungkin kita akan menjadi manusia yang berguna sekarang.... Jadi harungi lah setiap konflik anda dengan tenang.. setiap orang ada masalah... Dan jangan ingat hormati dan sayangi ibubapa kita.... kita banyak berjasa bagi mereka..... ini sahaja dari luahan hati bagi hari ini.... trie kasih....

Wednesday, 26 March 2014

Kehidupan seorang budak universiti



Walaupun di universiti ni hidup penuh dengan assingment. tutorial, kuis, presention + dengan hp yang leceh, xpi best jugak kat sini dapat jumpa insan yang baru dan kehidupan yang berbeza .....  ingat.........masa belajar BLAJAR, masa main MAIN LA sepuas puasnya....... 


 Aku rasa macam nak jadi budak kecil balik la... makin besar makin banyak dugaan dan tanggungjawab nye... especially anak sulung kan... kehidupan di tadika memang the best la......... dapat main main .. dapat makan free.... mak bapak ambik kita... tapi.... sekarng lain sangat sangat tau....    sekarang tu apa ....mksud saya kehidupan di universiti.... ingat senang ke hidup di tempat gedung ilmu ni.... susa tau.... kena disiplin....     makan minum, basuh baju, study, semuo kerja kena buat sendiri x ada orang nak tolong kat sinii.... 
                                            
    Lagi satu dah la tak dapat jumpa mak aku kat sini ari ari.... so tau x aku buat apa.... col ari ari cakap apa yang aku buat kat sini.... rindu mak aku tau dengan arwah ayah aku yang tersayang.. tidak lupa dua adik lelaki aku yng nkal gila tu....  NAK BALIK... rindu sangat sangat.....  Aku bukan dari keluarga yang berada  cuma anak kampung je....  xpi aku rasa sangat bangga sangat bila pikir balik jasa mak bapak aku yang sanggup dan mampu memberi pembelajaran yang sceukupnya bagi aku walaupun mereka buta huruf..... 
                        xpi.................. ayah aku dah tak ada!!!!!  dia tk dapat nak tengok anak dy masok universiti.... sudah sampai kat tuhan sewaktu aku menduduki spm.... Cuda bayangkan macam mana perassan aku sewaktu tu....  Aku sayang sangat kat ayah aku.... Aku tabahkan diri dan belajar demi mak bapa aku...akhirnya dengan restu mereka aku dapat memasuki matrikulasi. selepas tu dapat ukm dalam bidang ekonomi....  Dia selalu dengan aku je walaupun aku x dapat nak tengok dia.... aku reha dengan ketentuan tuhan........... oga ayahku aman  di alam nya....


Monday, 24 March 2014

KELAPARAN





LAPAR!!!              KEMISKINAN!!!!!





Kelaparan  di dunia ini isu global hampir seluruh masyarakat di dunia yang kurang mampu mengalami kelaparan.  Di Indonesia dan India mengalami krisis kelaparan yang serius sekali.... Ada gejala buruk yang membawa kepada di kalangan kanak kanak yang tidak membuat apa apa salah. Ibubapa yang tidak bertanggungjawab(kemiskinan) menyebabkan kelaparan kalangan kanak kanak sehingga budak budak ini mengutip makanan di merata tempat untuk makan.....



 Salah satu sebab kelaparan di indonesia ialah perubahan iklim menyebabkan kekurangan padi bagi masyarakat dan mendorong kepada kelaparan. Untuk mengatasi masalah kelaparan di dunia ini , kerajaan perlu menyediakan beberapa program bagi golongan miskin seperti pemberian baucer tunai supaya membolehkan beli makanan.


Kemajuan sesuatu negara juga melibatkan taraf hidup pengguna... Jikalau ekonomi sesuatu negara itu baik tetapi kebajikan dan kesejahterran masyarakat tidak terjamin, maka itu bukan negara yang maju..

Isu ini perlu diambil serius agar dapat membiayai keluarga yang miskin dan memajukan pendidikan kita sendiri. Marilah kita sama sama membanteras KELAPARAN.................












Sunday, 23 March 2014

Makanan segera memudaratkan diri

                               makanan segera





Makanan segera semakin lama semakin menular di dalam diri setiap  manusia khususnya remaja yang minat makan makanan ini.  Tahu kah anda ini dapat memberi impak negatif dari pelbagai aspek pada anda. Makanan segear ini mengandungi perasa. perencah, dan pelbagai aditif. Pada masa ini akibat kesuntukan masa  jua menyebabkan kepada berleluasa nya penggunaan makanan ini. Apabila lapar pada tengah malam atau subur , masyarakat tidak risau lagi untuk massak kerana mereka mempunyi alternatif untuk beli makanan segera di restoran yang 24 jam dibuka....... Senang memang senang.......... tapi jangan lupa ini juga boleh memvawa banyak keburukan pada diri seseorang..... boleh makan tapi jangan selalu atau setia hari....  Kesan yang akan timbul ialah dari segi kesihatan dan juga pembelajaran.... Antara makanan segera ialah.............AYAM GORENG, KENTANG GORENG, SUSU KOCAK, BURGER KING, KFC, MC DONALD , PIZZA HUT, MAGGI, MEE CAWAN,  


















Kesan nya        :





1. Makanan segera menyebabkan kanak kanak mendapat darah tinggi. makanan ini mengandungi minyak dan lemak tepu berlebihan yang mengurangkan aktiviti fizikal dan menyebabkan darah tinggi.


2.  obesiti atau kegemukan

3.Penyakit buah pinggang

4.Diabetes

5.Otak lembab

Saturday, 15 March 2014

INDIAN RITUAL FOR MARRIAGE







 Setiap perkara yang dijalankan dalam adat khawin indian sebernarnya mempunyai maksud tersirat. Saya akan menerangkan sedikit  dalam adat ini.Gambar diatas ialah  thali iaitu akan diikat oleh pengantin lelaki pada leher pengantin perempuan setelah  beberapa mantra dan cara adat diselesaikan. Sebelum thali ini diikat kat  leher perempuan. akan direstui oleh semua orang supaya  pengantin baru ini hidup dengan aman dan harmoni. Lelaki akan duduk bersila disebelah kiri dan perempuan kanan. Thali akan diikat sebanyak 3 ikat yang membawa maksud tersendiri.  




















Setelah ikat thali, pasangan itu telah menjadi suami isteri secara sah mengikut agama. Perempuan itu menjadi milik lelaki sepenuhnya  dan syurga perempuan adalah di bawah tapak kaki suami. Seterusnya, pengantin mengelilingi agni( iaitu gumpalan api ditengah itu.). Kemudian kumkum akan diletakkan oleh suami ke atas thali yang diikat sebentar tadi...


                 Pengantin lelaki akan menyarungkan metti(seperti cincin tetapi dipakai di kaki setelah khawin) ke kaki perempuan dan adik lelaki  kepada pengantin perempuan akan menyarungkan metti ke kaki pengantin lelaki.   Adat adat ini masih diwarisi dan diikuti dari turun temurun serta dihormati..



RISIKO MINUMAN BERKARBONAT

  Minuman berkarbonat 

Minuman berkarbonat ialah dikenali sebagai minuman soda dan ringan yang digemari dalam khalayak ramai tanpa tidak mengira umur atau jantina. Minuman ini terdiri daripada pelbagai rasa dan juga warna cukup menarik. Reka bentuk tin juga terdapat pelbagai jenis. Adakah anda minum minuman ini? Bolehkah anda meningalkan tabiat meminum air ini. Ya saya tahu bahawa memang sukar untuk meningalkan minuman ini dalam kehidupan. Tetapi ingat saudari/saudara, minuman ini boleh menjejaskan kesihatan kita kelak nanti. Antaranya ialah:



  • RISIKO KENCING MANIS  

        Setiap tin minuman ini mengandungi kandungan gula yang banyak dan jika diminum seringkali      mempunyai rosiko untuk kencing manis. Agak agak 5 hingga 7 sudu gula terkandung dalam setiap tin.




  • RISOKO OBESITI






  • RISIKO SERANGAN JANTUNG


       


  • RISOKO PENYAKIT GASTRIC



Monday, 10 March 2014

CINTA


                     


                                   cinta







Tahukah anda apa itu cinta? Jika jawapannya ya, bagus. Jikalau tidak, mehy adik adik, saya cerita sikit mengenai persoalan ini .........


CINTA


      Cinta itu adalah tinggi tarafya. Semua manusia mempunyai perasaan cinta wejak lahir lagi. pernyataan in tidak dapat dinafikan. Cinta ini akan bermula dari peringkat ke peringkat seterusnya. sewaktu dilahirkan , bayi itu mendapat kasih sayang atau cinta daripada belaian ibuu dan bapa. Cinta yang ditunjukkan oleh ibu bapa adalah sangat murnui dan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.


        Apabila tiba masanye, tuhan akan menemukan kita dengan cinta dan  teman hidup. Sedia unuk menerima dan setia telah dipertanggungjawabkan.Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah  bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya untuk bersatu kembali. Sifat cinta ini ingin dikuasai iaitu dia mahu dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya sahaj. Dia tidak mahu dikongsi dengan orang lain.

       Cinta itu segalanya iaitu sayang, cemburu, benci, sedih, gembira, terharu, tertekan, ketawa, menangis dan sbagainya. Cinta itu itu akan sentiasa ada selagi kita hidup dan kekal walaupun kita meninggal dunia. Disebabkan nafsu, cinta disalahgunapakai sehingga sesetengah orang merasakan adakah betul cinta itu wujud. Konflik ini wujud dalam hati seseorang kerana sikap segelintir manusia yang susah diterangkan. 
      Cinta itu bukan melihat pada kecantikan, tubuh badan, status,  malah nya ia melihat pada hati seseorang dan seterusnya dilihat yang lain. yang akhir sekali CINTA SEJATI TIDAK AKAN MEMUSNAHKAN ATAU MEROSAKKN DIRI KEKASIH YANG DICINTAI. Malah ia menjaga agar kekasih dapat tetap suci atau selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendirinya.







Saturday, 8 March 2014

MAKANAN BERKHASIAT BAGI IBU HAMIL







MAKANAN BERKHASIAT BAGI IBU HAMIL


Penjagaan makanan sewaktu hamil adalah sangat pening untuk kesihatan ibu dan juga kandungan tersebut. Penjagaan yang rapi diperlukan supaya bayi itu dapat dilahirkan dengan selamat dan sihat walafiat. Ibu hamil mempunyai pantang dalam makanan sewaktu mengandung dan selepas bersalin . Pantang ini terwujud pada zaman dahulu dan diwarisi dari turun temurun bagi setiap kaum dengan cara lain lain. Antara makanan yang dipantamg ialah 


1.makanan mentah atau setengah masak


makanan ini mengandungi bacteria dan microorganisme yang sangat berbahaya bagi ibu hamil dan boleh membawa kepada infeksi. 



2.kafein dan teh herbal

 Kafein boleh menembusi placenta dan membawa paah kepada janin. Teh herbal yang berperasa rasbery boleh memicu kontraksi


3.Pemanis buatan/perasa/pewarna


Boleh memberi kesan kepada janin akibat daripada gula tambahan buatan.Perhatikan gula dan lemak yang tinggi koleri tidak bagus dimasa kehamilan kerana bukan makanan bergizi bagi ibu hamil seperti bersoda,kerepek kentang dan popcorn.



Antara makanan yang khasiat dimakan:




fruit and veg




1.Buah buahan dan sayur sayuran

Pengambilan dalam bentuk segar, sejuk-beku, dalam tin, kering dan sebagai jus.Sasarkan untuk memakan lima hidangan dari kumpulan ini sehari.


2.Makanan berkanji


Seperti nasi, roti, pasta, dan kentang. Memilih makanan yang bijian penuh.


3.Makanan yang kaya dengan protien


Ini termasuk ayam, , ikan, telur, dan kekacang. Memakan 2 hidangan ikan seminggu termasuk ian yang berminyak.


4.Produk Tenusu


Ini termasuk susu, keju, dan yogurt yang kaya dengan kalsium































Wednesday, 5 March 2014

vegetarian india soup(RASAM)

 Rasam ialah indian soup yang terdiri daripada garlic rasam, tomato rasam, pepper rasam, lemon rasam, kollu rasam dan jeeragam rasam. rasam ini adalah baik diminum sewaktu selsema.Rasam ini kurang kolestrol sebab tidak mengandungi santan dan penggunaan minyak masak yang sedikit. CUBA INI!







Bahan bahan :

Tomato 3 biji yang sederhana
Halia 1 batang kecil
Cili merah 
Asam jawa 2 kepul kecil
Kunyit setengah tspnd
Jeera powder
Tepung lada hitam
Sukha Dhania powder
Cili kering 5 biji

Cara cara membuatnya:

1.Rendamkan asam jawa dalam air dan ambil air sahaja dan buang biji.
2.didihkan air tersebut dengan tomato, halia,cili merah dan tambahkan air sedikit sebanyak 3 gelas.
3. Setelah didih selama 10 minit, msukkan bahan bahan yang lain kesemuanya dan didihkan lagi selama 15 minit bgi membuang bau mentah.
4.Sedia untuk dihidangkan kan.

resepi membuat idli (makanan India)

                                                      

                    IDLI

SELAMAT MENCUBA

Bahan-bahan adunan doh:

Tepung ulunthu 200g
Beras 1kg
Nasi masak 1 kepul

Cara mengadun doh: 

1. Anda perlu merendam bahan bahan doh tersebut ke dalam air selama 1 jam bagi melembutkan bahan tersebut. 
2. setelah ia lembut, tapiskan air dan kisarkan bahan tersebut dengan lumat sekali.
3. Masukkan 2 cubit garam dan sedikit sodium birkarbonat ke dalam doh dan gaulkan sehingga sebati.
4. simpan sehingga 2 jam bagi doh itu naik.

Cara Memasak doh: 

1. Bersihkan alat pengukus idli dengan bersih dan sapukan sedikit minyak pada permukaan acuan idli supaya tidak melekat pada acuan.
2. Tuankan sedikit demi sedikit dalam semua acuan dan tuangkan air dalam balang pengukus.
3. Letakkan acuan berserta kuah tersebut berhati hati supaya tidak tumpah.
4. Masakkannya sehingga 10 minit dan keluarkan. 
5. sedia untuk dihidangkan.

Bahan membuat chutine:

kelapa parut 100g
daun kari 5 helai
Cili kering 10 biji
cili merah 5 biji
bawang merah 1 ulas

Cara membuatnya:

1.Kisarkan kelapa parut, cili kering dan cili merah.
2.Masakkan bawang merah dan daun kari di dalam minyak sedikit sehingg kemerahan.
3. Masukkan kuah kisaran ke dalan kuali dan masakkan dalam 15 minit.
4.Sedia untuk dihidangkan.

CUBA JANGAN TAK CUBA.
RUGI TAU......

Makanan tradisional India

        Makanan tradisional India adalah makanan yang bercirikan  rempah, herbal dan sayur-sayuran yang lain serta memberi manfaat kepada tubuh badan manusia. Masakan India mempunyai kepelbagaian  cara masakan dan rasa yang dapat menarik minat orang untuk menikmatinya. Masakan India adalah berasaskan hidangan vegetarian seperti vadai, appalam, tauhu, ulunthu vadai, kaseri, payasam, halwa, tosai,idli, capati, roti canai, dan sebagainya. Segolongan besar kaum tidak makan daging iaitu mereka hanya hidup dengan makan makanan vegetarian.Masakan kari juga merupakan kuah yang famous dikalangan india iaitu terdiri daripada pelbagai rasa. Antaranya kari ayam, kari ikan, dalca, kari kacang hijau, kari udang, kari ikan masin, kari sotong, kari kambing, rasam, dan sebagainya lagi. kari kari ini mengandungi rempah rtus seperti kayu manis, bunga cengkih, lada hitam, cintan manis, daun kari, dan ketumbar.Rempah rats ini sebernarnya menambahkan nikmat rasa masakan dan sihat untuk kita semua.




Makanan Berempah







MAAF !

                                 



“Maafkankan aku….. aku tidak akan mengulangi kesilapan itu sekali lagi. Berikan aku satu peluang lagi. Aku merayu padamu… “
        
        Semua orang di dunia ini melakukan kesilapan mahupun yang besar atau yang kecil. Orang yang memaafkan kesalahan orang lain adalah insan yang mulia daripada orang yang tidak melakukan kesalahan.Apabila seorang yang melukai HATI DAN PERASAAN kita dibalas  dengan satu kemaafan  dari hati yang tulus,ubat akan ditemui . Jangan lah berdendam sesama sendiri, malahnye memaafkan dan menerima balasan yang setimpal di akhirat. Tegakkan diri anda,Doa kepada tuhan dan hadapi lah dugaan.

                    
         Apabila orang yang ingin menghabiskan masa berharga dalam hidup dengan baik akan memaafkan orang lain dan diri sendiri juga. Masa yang digunakan dengan kegelisahan, kesangsian, balas dendam dengan perkara yang berfaedah. Sifat negatiF ini juga akan meruntuhkan rumah tangga setiap orang. Maka baik jika  dielakkan dengan satu KEMAAFAAN.





                                        Apakah kebaikan amalan memaafkan insan di dunia ?

Anda akan berasa terhindar dari perasaan dengki, dendam, dan sakit hati.Apabila sifat lesap, hidup akan rasa tenang  dangembira