Wednesday, 5 March 2014

Makanan tradisional India

        Makanan tradisional India adalah makanan yang bercirikan  rempah, herbal dan sayur-sayuran yang lain serta memberi manfaat kepada tubuh badan manusia. Masakan India mempunyai kepelbagaian  cara masakan dan rasa yang dapat menarik minat orang untuk menikmatinya. Masakan India adalah berasaskan hidangan vegetarian seperti vadai, appalam, tauhu, ulunthu vadai, kaseri, payasam, halwa, tosai,idli, capati, roti canai, dan sebagainya. Segolongan besar kaum tidak makan daging iaitu mereka hanya hidup dengan makan makanan vegetarian.Masakan kari juga merupakan kuah yang famous dikalangan india iaitu terdiri daripada pelbagai rasa. Antaranya kari ayam, kari ikan, dalca, kari kacang hijau, kari udang, kari ikan masin, kari sotong, kari kambing, rasam, dan sebagainya lagi. kari kari ini mengandungi rempah rtus seperti kayu manis, bunga cengkih, lada hitam, cintan manis, daun kari, dan ketumbar.Rempah rats ini sebernarnya menambahkan nikmat rasa masakan dan sihat untuk kita semua.




Makanan Berempah







No comments:

Post a Comment