Wednesday, 23 April 2014

Lari rumah








Sejak kebelakangan ini kita selalu digemparkan dengan tindakan nekad sesetengah remaja yang sanggup lari dari rumah. Ada yang sanggup mengikuti kekasih ke negara lain dan rela bergelar pendatang tanpa izin di negara lain. Ada yang sanggup keluar rumah gara-gara merajuk dengan teguran ibu bapa dan sebagainya.

Pada masa kini penglibatan remaja kita dalam kegiatan lari dari rumah memberi tamparan yang hebat kepada semua lapisan masyarakat serta menjadi tanda tanya kepada pembangunan negara. Remaja lari dari rumah merupakan satu masalah yang baru di kalangan masyarakat kita pada masa kini. Masalah ini menjadi satu gejala yang sukar untuk dibendung malah semakin berleluasa di kalangan anak-anak mahupun pelajar sekolah. Walaupun pelbagai langkah telah diusahakan oleh pihak-pihak tertentu namun masalah ini tetap berlaku di kalangan remaja kita.


PUNCA


Pelbagai punca yang membawa kepada berlakunya masalah ini. Antaranya ialah terpengaruh dengan rakan sebaya. Kebanyakan pelajar terikut-ikut dengan perangai rakan karib mereka. Seandainya rakan mereka suka berfoya-foya malah mereka cukup mudah untuk turut berfoya-foya bersama rakan-rakan tanpa memikirkan kesan baik dan buruknya. Rakan karib yang sering pulang lewat akan menpengaruhi mereka untuk turut pulang lewat. Begitu juga sekiranya rakan karibnya lari dari rumahmereka akan mengikutinya. Justeru, mereka akan berasa seronok dan tidak lagi mahu pulang ke rumah ibu bapa mereka. Terdapat juga segelintir daripada mereka yang mulai bekerja dan memulakan penghidupan baru dengan bekerja sendiri.

Nasihat yang diberikan oleh rakan sebaya yang tidak matang dan rasional apabila remaja meluahkan masalah mereka. Keadaan ini berlaku kerana rakan sebaya itu sendiri belum cukup matang dan berpengalaman dalam menangani arus kehidupan yang penuh cabaran ini. Sesungguhnya, rakan sebaya yang memberikan nasihat yang tidak baik akan membawa remaja itu mengambil tindakan untuk melarikan diri dari rumah. Perkara yang paling mengecewakan apabila ada anak gadis yang terlibat denagn gejala lari dari rumah.

Remaja lari dari rumah juga dianggap akibat unsur barat yang dipaparkan menerusi media massa terutama media elektronik. Remaja yang suka meniru akan melakukan perkara yang mereka tonton di televisyen tanpa sebarang keraguan. Remaja tidak mampu membezakan lakonan dan reality kehidupan yang jauh berbeza. Oleh itu, media massa menjadi faktor yang berupaya menimbulkan keinginan remaja untuk lari dari rumah mereka.

Masalah ini juga berlaku kerana kurangnya pegangan agama di kalangan mereka yang terlibat. Agama memainkan peranan penting dalam mendidik dan mengajar seseorang itu menjadi manusia yang berguna. Semua agama melarang penganutnya mengingkari dan meninggalkan ibu bapa sewenang-wenangnya. Sebaliknya, apabila seseorang itu mengabaikan ajaran agama akan menyebabkan mereka lebih terdedah kepada pengaruh luar sehingga terjebak kepada masalah lari dari rumah. Sesetengah ibu bapa yang tidak mempunyai pegangan agama gagal memdidik anak memreka mentaati ajaran agama, justeru apabila berlaku masalah ini, mereka begitu mudah meninggalkan keluarga mereka.


Selain daripada itu, remaja lari dari rumah berlaku akibat keretakkan sesebuah rumah tangga yang dibina sekian lama. Apabila berlaku pertelingkahan dan pergaduhan antara ibu dan bapa menyebabkan anak-anak mereka akan berasa bosan. Persalahfahaman antara ibu dan bapa yang membawa perceraian juga merupakan punca utama berlakunya kes anak-anak lari dari rumah. Apabila ibu atau bapa mengabaikan tanggungjawab untuk mendidik anak-anak mereka ini akan memyebabkan anak-anak akan berasa diri mereka tersisih. 


Punca yang paling ketara ialah tekanan ibu bapa. Remaja yang lari dari rumah sering menggunakan alasan tekanan inu bapa sebagai penyebab utama mereka melakukan perbuatan terkutuk ini. Tekanan ibu bapa ini dikaitkan dengan kegagalan ibi bapa untuk memahami keperluan peribadi remaja yang begitu mendesak. Ibu bapa sering menyalahkan anak atau tidak memberikan kasih sayang yang sewajarnya kepada remaja. 


Jadi, kegagalan ibu bapa memainkan peranan mereka menjadi pendorong utama remaja melarikan diri. Mereka cuba untuk mencari hiburan dan ketenangan. Jika tindakan lari dari rumah mampu memberikan ketenangan dan kebahagian dalam diri maka mereka sanggup melakunya. Golongan ini sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai kebahagian dalam hidup mereka.


Sesetengah keluarga mempunyai saiz rumah yang terlalu kecil. Hal ini memyebabkan rumah mereka terlalu sempit. Kadang-kadang remaja lelaki terpaksa tidur di ruang tamu. Bilik-bilik lain dihuni oleh ibu bapa dan anak perempuan. Lama-kelamaan timbul rasa bosa di hati mereka. Mereka akan mencari rumah lain yang mampu memberikan keselesaan untuk mereka. Akhirnya jika ada rakan-rakan yang mengambil tindakan lari dari rumah untuk tinggal di rumah yang lebih selesa malah akam mengikutinya.



LANGKAH MENANGANI


Gejala ini boleh ditangani jika semua pihak menganbil inisiatif dengan bersungguh-sungguh. Antaranya ialah ibu bapa harus memastikan pergaulan anak-anak mereka agar tidak melampaui batas. Seandainya anak-anak mereka berkawan dengan rakan yang mecuriga, ibu bapa harus bijak menasihati anak-anak mereka supaya menjauhi rakan sebaya yang sebegini.

Selain daripada itu, ibu bapa juga harus meningkatkan pemahaman terhadap amalan agama. Hal ini kerana apabila seluruh keluarga taat kepada perintah agama, mereka takut utnuk melakukan kesalahan dan kejahatan. Hal ini kerana setiap perlakuan yang menyalahi ajaran agama akan mendapat dosa. Justeru, anak-anak yang dididik dengan ajaran agama akan mendapat menghindari diri mereka daripada tindakan nekad tersebut.
Pihak berkuasa, khususnya pihak pols boleh menangkap remaja-remaja yang lari dari rumah. Seandainya, terdapat ibu bapa yang membuat aduan dibalai polis, mereka harus menyelesaikan dan mencari maklumat bagi menangani masalah ini dengan segera. 
Tindakan berlengah-lengah akan menambahkan kebuntuan bagi memyelesaikan maslah ini. Tindakan menangkap dan menjatuhkan hukuman dirasakan mampu menyelesaikan masalah ini dengan baik.

Oleh itu, gejala remaja lari dari rumah ini dapat dibendung jika semua pihak memainkan peranan masing-masing dengan baik. Sikap menyalahkan orang lain dianggap gagal menangani masalah ini. Dengan ini masalah ini dapat diatasi, gejala itu tidak akan berleluasa di kalangan remaja pada masa kini.

Kemelut ini turut dikaitkan dengan sahsiah remaja itu sendiri. Ramai remaja yang tidak mempunyai sikap yang tabah dan positif apabila menghadapi sesuatu kemelut yang melanda diri. Remaja begitu mudah terasa atau berasa sensitive apabila ditegur oleh ibu bapa sehinggg sanggup melarikan diri. Jelaslah, keadaan ini membuktikan bahawa masalah ini turut ditentukan oleh sikap remaja pada masa kini yang harus lebih kukuh dan tabah.


Ruj:http://nikalila.wordpress.com/


Penjagaan rapi

Penjagaan rambut sangat penting bagi menjaga personaliti kita yang baik 



















Melembabkan dengan cara alami

Rambut yang cepat panjang merupakan rambut yang sehat. Apabila keadaan rambut kamu kering serta rapuh, Kamu mesti lakukan perawatan ekstra dengan beberapa bahan alami. Yang kamu perlukan yaitu minyak zaitun. 

Hangatkan minyak zaitun memakai microwave ataupun dimasukkan ke penghangat makanan. Biarkanlah suhunya hangat, jangan terlampau panas.

Gunakan minyak zaitun dan aplikasikan rambut dari akar sampai hujung. Pijat perlahan-lahan sampai rata sepanjang 2 - 3 menit.


Basuh rambut serta lakukan kemaskan.




Nutrisi Dari Dalam

Kekurangan protein merupakan satu diantara pemicu kerontokan rambut. Apalagi makin panjang rambut, umumnya makin banyak kerontokan yang berlangsung. Dikarenakan itu, dengan konsumsi makanan yang memiliki kandungan protein seperti ikan, dan kacang-kacangan serta telur. Jangan lupa juga memberi nutrisi lain semisal vitamin A, C serta E yang dapat diperoleh dari buah-buahan.


Teratur Merapikan Hujung Rambut

Sesungguhnya, merapikan ujung rambut tak punya pengaruh pada perkembangan rambut. Cuma saja, dengan membiarkan rambut panjang tanpa membereskan ujungnya malah akan menghalangi perkembangan rambut. Apabila kamu membiarkan ujung rambut tetap kering, maka ujung rambut akan makin bercabang serta memaksa kamu untuk memotongnya jadi lebih pendek. Dikarenakan itu, atur ujung rambut tiap-tiap 4 bulan sekali.

Sakit pinggang






Penyakit Buah Pinggang



Sebelum ini mungkin anda tidak tahu bahawa anda sebenarnya mempunyai penyakit buah pinggang pada tahap awal,kerana biasanya anda tidak pernah merasa sakit sama sekali.
Ketika penyakit buah pinggang menyerang,tanda-tanda dan gejala boleh muncul secara bertahap.Setiap individu yang mempunyai penyakit ini pula akan berbeza-beza tanda dan gejalanya.Antara tanda-tandanya ialah:
  • Sentiasa merasa penat
  • Hilang nafsu makan
  • Merasa mual dan muntah
  • Berlaku pembengkakan anggota seperti kaki dan muka
  • Gatal-gatal
  • Mati rasa pada tangan dan kaki
  • Kesukaran ketika membuang air kecil
  • Mengantuk
  • Tekanan darah tinggi
  • Anemia
  • Masalah penumpuan
  • Masalah tidur
  • Kekejangan otot
  • Kulit menjadi gelap
Disebabkan tanda-tanda dan gejala penyakit buah pinggang hampir menyamai masalah kesihatan yang lain,sebaiknya anda berjumpa dengan doktor dan beritahu tanda-tanda yang anda alami dan buat pemeriksaan kesihatan. Andakah merasa sebegitu cuba berjumpa dengan doktor pada kadar yang segera.

Kecantikan



sini ada 5 panduan kecantikan untuk anda berkulit pucat agar nampak lebih ‘bernyawa’ dan segar.


1- ELAKKAN BEDAK DEBU
Debu bedak yang anda pakai itu akan membuatkan kulit wajah anda berbelak dan tidak sekata. Malah pasti warna leher anda akan lain daripada warna kulit wajah. Sebaiknya sapulah krim pelembap atau moisturizer yang tidak bewarna supaya kulit warna asal dan tidak berubah.

2- DEKATI PRODUK SPF
Ada yang mengatakan kulit yang terlampau putih sebenarnya tidaklah seseronok seperti apa yang di perkatakan. Golongan yang memiliki kulit seperti ini mudah terkena penyakit kulit jika terlalu banyak terdedah di bawah terik matahari. Ini kerana kulit mereka lebih nipis berbanding orang lain. Oleh itu mereka harus sentiasa memakai produk krim yang mempunyai SPF serta melindungi kulit dari sinar UV.

3- PAKAI GINCU WARNA PINK / OREN

Untuk hilangkan wajah yang pucat seperti orang yang tidak sihat, apa kata tambahkan sedikit warna di bibir dengan warna seperti merah jambu yang di campur dengan warna oren atau warna oren sederhana untuk memberi bayangan warna darah mengalir di kawasan bibir. Selain itu, beranikan diri memakai gincu terang ya!

4- EYE SHADOW WARNA TANAH

Oleh kerana kulit anda terlalu putih, warna hitam pasti akan menonjol dan terang kelihatan di bahagian mata. Hati-hati ia akan nampak pelik jika warna hitam yang anda pakai itu terlalu pekat. Silap-silap ada yang kata mata anda lebam di tumbuk. Sebaiknya, gantikan warna hitam dengan warna coklat tanah. Warna ini pasti akan menonjiolkan kecantikan semulajadi mata anda.

5- FOKUS DI BAHAGIAN MATA
Selain pilih warna yang natural di bahagian mata, gunakan eyeliner dan memakai maskara yang tebal untuk menonjolkan bahagian mata yang seksi anda miliki. Untuk efek yang lebih menarik pakailah kanta lekap yang bewarna kelabu atau kebiruan. Wah, anda pasti  nampak seperti anak peranakan!

Monday, 21 April 2014

naan sigappu manithan `i am red man`.

                                                                                                                                                                           

















Hai semua... hari ini nak ceta sikit pasal movie yang saya tengok iaitu `naan sigappu manithan` bermaksud `i am red man`.   Saya tengok movie tu dapat ilmu  pasal satu disorder yang baru, so rasa  nak share kat semuo.... Nma nya ialah narcolepsy. Disorder ini berkaitan dengan apabila anda dalam perasaan yang terlebih (extreme feeling) maka akan pengsan atau dikatakan tidur tetapi pada masa sama dapat sedar apa yang berlaku disekelilingi kita. nak tau pasal disorder ini, klik disini Sebenarnya tak nak ceta banyak sangat pon.... tu je dari saya untuk hari ini. Terima kasih bag i membaca blog saya .

Orang yang mempunyai disorder ini mengundang dalam penyakit seperti di atas.

Wednesday, 16 April 2014

CARA MEMBUAT BATIK LUKIS ATAU BATIK CANTING

  




Saya kena buat projek bagi pembangunan diri … so kumpulan kami ambik topic berkaitan dengan seni iaitu BATIK TERENGGANU…. Kat sini nak cakap sikit pasal apa itu batik… tau tak batik Terengganu ini mahal ….. batik ini datang dari Indonesia sebenarnya….. apabila orang Malaysia tertarik dengan batik dipakai oleh orang jawa… maka wujud la kedai kedai batik di sekuruh Malaysia yang mengikut corak yang diambil dari Indonesia……

Ok saya nak bagi tau bagaimana nak membuat batik lukis…..
1.            Langkah pertama
Kita membuat rekacorak kain batik di atas kain putih dengan pensil. Motif boleh dipilih berasaskan tradisional, flora fauna, geometrikal, organic, garisan dan ruang, semi abstrak dan lain-lain. Dalam penentuan motif, biasanya tiap orang memiliki selera berbeda-beda. Ada yang lebih suka untuk membuat motif sendiri, namun yang lain lebih memilih untuk mengikuti motif-motif umum yang telah ada. Lebih menyenangkan motif boleh dipilih daripada koleksi kedai kedai tersebut.

2.            Langkah kedua
Menggunakan canting yang telah diisi lilin cair untuk mencorakkan kain. Kepanasan lilin perlu dikawal agar tidak terlalu panas untuk mengelakkan garisan lilin kembang dan sekaligus menghasilkan garisan yang tidak konsisten. Pelukis terpaksa menuangkan semula lilin cair ke dalam bekas lilin sebelum lilin cair itu sejuk. Seterusnya menceduk lilin lain bagi menjamin aliran lilin cair tersebut dapat digunakan dengan lancar.


3.            Langkah ketiga
Mematikan warna. Sodium silicate digunakan sebagai bahannya. Proses ini dilakukan untuk memastikan warna tidak akan luntur apabila dibasuh seterusnya.
4.            Langkah keempat
Setelah empat jam direndam kain dalam bahan tersebut, kain tersebut dibasuh dan direbus.  Tujuannya adalah untuk menghilangkan lapisan lilin, sehingga motif yang telah digambar sebelumnya terlihat jelas. Air panas dimasukkan serbuk soda bagi memudahkan lilin ditanggalkan daripada kain. Seterusnya kain tersebut dibasuh sekali lagi dan dibilas.  Paling elok, kain batik ini dijemur di tempat teduh agar warnanya dapat dijamin ketahan dan kualitinya.
Akhirnya terhasillah kain batik lukis yang asli dan teserlah keasliannya. Selain daripada batik lukis atau dikenali juga sebagai batik tulis atau batik canting. Nama tersebut terlahir kerana corak yang dihasilkan secara free-hand. 

Rsanya cukup lah tu… harap ilmu ini akan kelak pada anda semmua…


Terima kasih

nak tau tak apa itu `ANGELMAN SYNDROME`..... ?







Hai kawan kawan …. Lama x post apapun kan … ok sekarang saya nak share sikit tentang sebuah penyakit yang jarang dijumpai di merata tempat.. nak tau tak….  Pernah tak dengar ` Angelman Syndrome`. Hah… tulah penyakit yang saya nak explain sikit…. Penyakit ini adalah dialami 1 daripada 1000000 orang….. Angelman Syndrome ialah penyakit berkaitan dengan masalah pada genetik iaitu aturan chromosomes 15 yang berbeza yang membawa kepada syndrome ini. Sejak kecil akan ada syndrome ini yang menyebabkan susah untuk bercakap, tidak dapat seimbangkan diri,kekejangan otot otot badan dalam masa yang lama yang memberi kesan pada otak, ketawa yang berterusan dan gelak tanpa sebab adalah salah satu simpton syndrome ini. Ibubapa susah untuk mengenalpasti syndrome ini sehingga perasaan anak mereka  mempunyai masalah tumbesaran  dalam umur mencecah 6 ke 12 bulan.

Synndrome ini ada diubati dengan beberapa langkah yang bijak. Antaranya ialah




  • Physical therapy bermaksud budak yang mempunyai syndrome ini akan belajar jalanan yang lebih baik dan elakkan pergerakan yang bermasalah dengan cara terapi ini.
  • Terapi komunikasi bermaksud  mengajar pembelajaran komunikasi secara bukan verbal iaitu menggunakan isyarat badan dan gambaran.
  • Terapi music bermaksud budak budak ini akan  diubati menggunakan muzik secara emosi dan sentimental bagi meningkatkan kesihatan mereka.

Lankah ini ialah antaranya... tetapi masih ada lagi cara nak merawati nya...


Hormati lah golongan ini yang tidak berdosa…. Jangan sekali kala menghina ATAU gelakkan insan insan yang mulia ini….. Setiap manusia mempunyai kelemahan dan kelebihan tersendiri yang mungkin terpendam atau tidak diketahui oleh orang lain.  Sentiasa sayangi orang yang sekeliling anda tanpa mengira apapun.


Sunday, 13 April 2014

Dunia.......

Mengapa dunia ini makin kejam…? 

      
Aku tidak tahu mengapa dunia ini makin lama makin menjadi jadi kekejaman yang tidak dapat nak dibayangkan. Setelah berasmara dan terbentuknya janin antara mereka, selepas itu apa yang mereka buat ? tahu tak anda golongan ini akan membuang janin atau bayi tersebut.           
       Nampak tak betapa kejam nya golongan manusia zaman ini. Adakah mereka ini tidak mempunyai keperimanusiaan . Kadang kadang terbaca berita seperti ini hatiku rasa sedih sekali….. Sedangkan binatang pon tidak akan membunuh atau membuang anaknya tetapi manusia……..

       Siapa yang harus dipersalahkan ? Apa tindakan yang perlu diambil? Mengapa bayi ini perlu dibuang? Apa salah insan mulia itu? Sedangkan bayi ini boleh diserahkan pada di rumah anak yatim. Adakah remaja pada masa ini tidak memikirkan musibah jika melakukan maksiat? Banyak sekali persoalan nya tetapi apa jawapan yang hendak


 diberikan. Statistik pembuangan bayi makin meningkat dari tahun ke tahun akibat perbuatan yang terkutuk ini.  

Wednesday, 2 April 2014

PERSIAPAN SEBELUM, DI HARI, SEMASA dan SELEPAS PEPERIKSAAN








Petua sehari sebelum peperiksaan



Pastikan semua peralatan peperiksaan seperti jam, pen, pensil, pembaris, pengasah, pemadam, kad pengenalan dan slip peperiksaan disediakan dengan sempurna pada malam sebelum ujian. Selepas solat, lapangkan dada anda tanpa memikirkan apapun supaya memudahkan kita menjawab soalan soalan peperiksaan dengan sempurna. Tidur awal agar badan dan otak  mendapat rehat yang secukupnya..Jangan belajar di saat akhir dengan membaca topik yang belum pernah kita sentuh sebelum ini kerana ini akan menyusahkan kita untuk fahamkan dan membuat soalan sewaktu ujian.








Persiapan di hari peperiksaan (sehari rumah ke dewan peperiksaan)



Bangun pagi dan solat subuh serta berdoa. bagi yang beragama islam banyak berzikir dan istifar. Memohon restu ibubapa sebelum keluar dari rumah. Pastikan Alat tulis lengkap dan sesuai dengan subjek yng akan diambil dibawa bersama pada hari tersebut. tidak perlu mengulang kaji hanya imbas nota-nota kecil sahaja jika perlu atau mahu menambah keyakinan. Pastikan jadual anda betul dan hafir untuk subjek yang tertera di dalam jadual tersebut. Jangan berbincang atau bantah membantah terhadap sesuatu bab atau topik. Elakkan berbual kosong.Pastikan anda tiba di ewan peperiksaan setengah jam awal sebelum memulakan peperiksaan.



Persiapan semasa di dewan peperiksaan



           Sebaik sahaja mendapat soalan , bertenenglah. Baca segala arahan dalam kertas soalan dengan teliti. Pastikan anda benar benar faham dengan kehendak soalan itu sebelum memulakan sesuatu peperiksaan. Tentukan jumlah masa yang perlu untuk menjawab satu-satu soalan. Jangan mengambil masa yang terlalu lama untuk sesuatu soalan. Bahagikan masa mengikut kepentingan soalan . Markah penuh bagi satu soalan dinyatkan dalam kertas soalan itu. Peruntukan juga masa untuk menyemak jawpan anda. Pastikan anda telah mengikut arahan yang betul semasa menjawab soalan tersebut. Semak bahasa atau tatabahasa , penyampaian, ejaan, dan sebagainya kerana semua ini diambil kira selain fakta yang dikehendaki.
           Jawab soalan secara sistematik dan strategik. Mulai dengan menjawab soalan mudah yang anda tahu, kemudian dengan soalan yang mempunyai markah banyak.Soalan terakhir yang seharusnya anda jawab adalah soalan paling sukar, yang memerlukan masa yang lebih panjng untuk menulis jawapannya tetapi mempunyai markah sedikit. Tulisan perlu dibei perhatian supaya pemeriksa senang membacanya.


Persiapan selepas peperiksaan


Jangan membincangkan semula jawapan dengan rakan-rakan anda, Ia akan menyebabkan anda lebih bimbang untuk menghadapi kertas kertas lain selepas itu. Perkara yang lalu biarlah berlalu. Ingat anda tidak boleh lagi mengubah jawapan yang telah berikan setelah peperiksaan tamat. Jangan memikirkan lagi sama ada anda telah menjawab dengan baik atau tidak. Lupakan . Beri tumpuan kepada peperiksaan yang akan datang. Sementara menunggu keputusan peperiksaan ini, gunakanlah masa tersebut dengan membuat kerja kerja berfaedah seperti meningkatkan imam, mempelajari ilmu baru, membantu keluarga menjalankan perniagaan dan sebagainya.


PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN





Persediaan Fizikal

Kesihatan 


  • Tidur yang secukupnya antaranya dari 6 hingga 7 jam sehari . Jadikan tidur anda berkualiti dan tenang. Latih diri anda dari sekarang.
  • Jaga pemakanan dengan betul.Mengambi makanan yang baik dan halal. serta makanan yang berkualiti dan bersih.
  • Bersukan , bersenam dan bermain mengikut kemampuan diri masing-masing. Tempoh yang sesuai untuk bersenam ata bersukan adalah 20 minit sehari dan 3 kali seminggu. Apabila peperiksaan hampir, lakukan senaman yang ringan sahaja.


Keselamatan


  • Menggelakkan dari sebarang kemalangan dan kecederaan pada diri anda. Perkara ini akan menjejaskan pembelajaran anda dan mengundangkan masalah.
  • Lebihkan masa di rumah bermaksud luangkan masa di rumah sahaja sewaktu peperiksaan semakin hampir supaya mengelakkan benda yang tidak diingini berlaku.

Persediaan Mental 
  • Minda positif bermaksud berfikiran yang baik dan mengelamun yang bukan bukan.
  • Yakin anda boleh menghadapi peperiksaan ini dengan mudah supaya wujud keberanian dalam diri untuk menghadapinya dengan tabah.
  • Jangan takut gagal kerana anda telah berusaha. Jangan sama sekali takut atau menyesal dengan apa yang dapat kerana kita dapat melalui apa yang kita buat.
  • Percayalah bahawa semua di sekelilingi anda mahu berjaya dalam hidup bukannya mahu kita gagal.


Persediaan Emosi 

  • Elakkan pertengkaran antara ahli keluarga, guru-guru dan rakan anda supaya tidak menganggu tumpuan anda dalam pembelajaran.
  • Jangan buatkan ibubapa, guru-guru dan rakan anda marah supaya mendapat berkat . 
  • Jangan bercinta ketika di bangku sekolah kerana itu hanyalah cinta monyet dan tidak akan kekal secara berterusan. 
  • Terlalu yakin boleh membawa padah jika melakukan benda yang todak baik atau senonoh supaya terhindar dari perkara itu.  

Persediaan Rohani 

  • Lakukan setiap perintah tuhan melalui agama masing masing. Seperti solat, berdoa dan sebagainya.
  • Meminta restu daripada kedua ibubapa . Ingat doa ibubapa amat makbul. Selalu memohon ampun dan maaf dengan ibubapa supaya memaafkan kita jika membuat kesalahan sengaja atau tidak sengaja.
  • Meminta restu dari guru supaya berkat ilmu yang diajar ole nya.
  • Jauhi perkara yang tidak baik bagi kita semua.



Tuesday, 1 April 2014

Tanggungjawab sebagai seorang pelajar



















Tanggunjawab pelajar terhadap diri sendiri 



  • Menjaga kebersihan diri dari segi mental, fizikal dan spiritual
  • Bersikap jujur dan amanah
  • Menepati masa
  • Jimat cermat
  • Menjaga Perhubungan dengan orang lain
  • Berani dan cekal
  • Berdedikasi
  • Mahu berusaha
Tanggungjawab pelajar terhadap agama


  • Taat terhadap perintah tuhan
  • Mempertahankan kesucian agama
  • Menuntut ilmu dan mengamalkan
  • Menyampaikan nilai-nilai murni kehidupan di kalangan masyarakat.

Tanggungjawab pelajar terhadap keluarga


  • Menghormati ibubapa dan keluarganya
  • Menjaga nama baik keluarga
  • Memupuk hubungan baik dengan ahli keluarga
  • Menghormati rakan-rakan ibubapa dan ahli keluarga


Tanggungjawab pelajar terhadap guru



  • Menghormati guru
  • Bersopan dan menjaga tingkah laku dengan guru
  • Bersedia membantu dan bekerjasama dengan guru
  • Mematuhi arahan guru selagi tidak bertentangan dengan kehendak agama
  • Menjaga hati dan perasaan guru
  • Menerima teguran guru dengan positif



Tanggungjawab pelajar terhadap sekolah



  • Mematuhi peraturan sekolah
  • Menghormati semua guru dan kakitangan sekolah
  • Belajar bersungguh sungguh
  • Menjaga nama baik sekolah
  • Berusaha menaikkan nama baik sekolah 
  • Mengamalkan nilai-nilai murni di sekolah
  • Bekerjasama dan bersatu padu
  • Bergiat aktif dalam aktiviti  aktiviti sekolah
  • Mengguna dan menghargai kemudahan yang disediakan di sekolah


Tanggungjawab pelajar terhadap Masyarakat



  • Tolong menolong dan berkerjasama
  • Menghormati mereka yang tua dan jiran tetangga
  • Bertolak ansur dan menghormati agama, adat resam, dan budaya orang lain
  • Melibatkan diri di dalam aktiviti aktiviti masyarakat
  • Memelihara hubungan yang baik dengan masyarakat
  • Memelihara nilai-nilai murni masyarakat Malaysia daripada pencemaran



Tanggungjawab pelajar terhadap negara



  • Mencintai negara dan sanggup berkorban kerananya
  • Mematuhi undang undang negara
  • Mengamalkan prinsip Rukunegara
  • Menjaga segala kemudaham kemudahan awam
  • Menjaga serta menaikkan imej negara