Wednesday, 2 April 2014

PERSIAPAN SEBELUM, DI HARI, SEMASA dan SELEPAS PEPERIKSAAN








Petua sehari sebelum peperiksaan



Pastikan semua peralatan peperiksaan seperti jam, pen, pensil, pembaris, pengasah, pemadam, kad pengenalan dan slip peperiksaan disediakan dengan sempurna pada malam sebelum ujian. Selepas solat, lapangkan dada anda tanpa memikirkan apapun supaya memudahkan kita menjawab soalan soalan peperiksaan dengan sempurna. Tidur awal agar badan dan otak  mendapat rehat yang secukupnya..Jangan belajar di saat akhir dengan membaca topik yang belum pernah kita sentuh sebelum ini kerana ini akan menyusahkan kita untuk fahamkan dan membuat soalan sewaktu ujian.








Persiapan di hari peperiksaan (sehari rumah ke dewan peperiksaan)



Bangun pagi dan solat subuh serta berdoa. bagi yang beragama islam banyak berzikir dan istifar. Memohon restu ibubapa sebelum keluar dari rumah. Pastikan Alat tulis lengkap dan sesuai dengan subjek yng akan diambil dibawa bersama pada hari tersebut. tidak perlu mengulang kaji hanya imbas nota-nota kecil sahaja jika perlu atau mahu menambah keyakinan. Pastikan jadual anda betul dan hafir untuk subjek yang tertera di dalam jadual tersebut. Jangan berbincang atau bantah membantah terhadap sesuatu bab atau topik. Elakkan berbual kosong.Pastikan anda tiba di ewan peperiksaan setengah jam awal sebelum memulakan peperiksaan.



Persiapan semasa di dewan peperiksaan



           Sebaik sahaja mendapat soalan , bertenenglah. Baca segala arahan dalam kertas soalan dengan teliti. Pastikan anda benar benar faham dengan kehendak soalan itu sebelum memulakan sesuatu peperiksaan. Tentukan jumlah masa yang perlu untuk menjawab satu-satu soalan. Jangan mengambil masa yang terlalu lama untuk sesuatu soalan. Bahagikan masa mengikut kepentingan soalan . Markah penuh bagi satu soalan dinyatkan dalam kertas soalan itu. Peruntukan juga masa untuk menyemak jawpan anda. Pastikan anda telah mengikut arahan yang betul semasa menjawab soalan tersebut. Semak bahasa atau tatabahasa , penyampaian, ejaan, dan sebagainya kerana semua ini diambil kira selain fakta yang dikehendaki.
           Jawab soalan secara sistematik dan strategik. Mulai dengan menjawab soalan mudah yang anda tahu, kemudian dengan soalan yang mempunyai markah banyak.Soalan terakhir yang seharusnya anda jawab adalah soalan paling sukar, yang memerlukan masa yang lebih panjng untuk menulis jawapannya tetapi mempunyai markah sedikit. Tulisan perlu dibei perhatian supaya pemeriksa senang membacanya.


Persiapan selepas peperiksaan


Jangan membincangkan semula jawapan dengan rakan-rakan anda, Ia akan menyebabkan anda lebih bimbang untuk menghadapi kertas kertas lain selepas itu. Perkara yang lalu biarlah berlalu. Ingat anda tidak boleh lagi mengubah jawapan yang telah berikan setelah peperiksaan tamat. Jangan memikirkan lagi sama ada anda telah menjawab dengan baik atau tidak. Lupakan . Beri tumpuan kepada peperiksaan yang akan datang. Sementara menunggu keputusan peperiksaan ini, gunakanlah masa tersebut dengan membuat kerja kerja berfaedah seperti meningkatkan imam, mempelajari ilmu baru, membantu keluarga menjalankan perniagaan dan sebagainya.


No comments:

Post a Comment