Wednesday, 16 April 2014

nak tau tak apa itu `ANGELMAN SYNDROME`..... ?







Hai kawan kawan …. Lama x post apapun kan … ok sekarang saya nak share sikit tentang sebuah penyakit yang jarang dijumpai di merata tempat.. nak tau tak….  Pernah tak dengar ` Angelman Syndrome`. Hah… tulah penyakit yang saya nak explain sikit…. Penyakit ini adalah dialami 1 daripada 1000000 orang….. Angelman Syndrome ialah penyakit berkaitan dengan masalah pada genetik iaitu aturan chromosomes 15 yang berbeza yang membawa kepada syndrome ini. Sejak kecil akan ada syndrome ini yang menyebabkan susah untuk bercakap, tidak dapat seimbangkan diri,kekejangan otot otot badan dalam masa yang lama yang memberi kesan pada otak, ketawa yang berterusan dan gelak tanpa sebab adalah salah satu simpton syndrome ini. Ibubapa susah untuk mengenalpasti syndrome ini sehingga perasaan anak mereka  mempunyai masalah tumbesaran  dalam umur mencecah 6 ke 12 bulan.

Synndrome ini ada diubati dengan beberapa langkah yang bijak. Antaranya ialah




  • Physical therapy bermaksud budak yang mempunyai syndrome ini akan belajar jalanan yang lebih baik dan elakkan pergerakan yang bermasalah dengan cara terapi ini.
  • Terapi komunikasi bermaksud  mengajar pembelajaran komunikasi secara bukan verbal iaitu menggunakan isyarat badan dan gambaran.
  • Terapi music bermaksud budak budak ini akan  diubati menggunakan muzik secara emosi dan sentimental bagi meningkatkan kesihatan mereka.

Lankah ini ialah antaranya... tetapi masih ada lagi cara nak merawati nya...


Hormati lah golongan ini yang tidak berdosa…. Jangan sekali kala menghina ATAU gelakkan insan insan yang mulia ini….. Setiap manusia mempunyai kelemahan dan kelebihan tersendiri yang mungkin terpendam atau tidak diketahui oleh orang lain.  Sentiasa sayangi orang yang sekeliling anda tanpa mengira apapun.


No comments:

Post a Comment