Wednesday, 16 April 2014

CARA MEMBUAT BATIK LUKIS ATAU BATIK CANTING

  




Saya kena buat projek bagi pembangunan diri … so kumpulan kami ambik topic berkaitan dengan seni iaitu BATIK TERENGGANU…. Kat sini nak cakap sikit pasal apa itu batik… tau tak batik Terengganu ini mahal ….. batik ini datang dari Indonesia sebenarnya….. apabila orang Malaysia tertarik dengan batik dipakai oleh orang jawa… maka wujud la kedai kedai batik di sekuruh Malaysia yang mengikut corak yang diambil dari Indonesia……

Ok saya nak bagi tau bagaimana nak membuat batik lukis…..
1.            Langkah pertama
Kita membuat rekacorak kain batik di atas kain putih dengan pensil. Motif boleh dipilih berasaskan tradisional, flora fauna, geometrikal, organic, garisan dan ruang, semi abstrak dan lain-lain. Dalam penentuan motif, biasanya tiap orang memiliki selera berbeda-beda. Ada yang lebih suka untuk membuat motif sendiri, namun yang lain lebih memilih untuk mengikuti motif-motif umum yang telah ada. Lebih menyenangkan motif boleh dipilih daripada koleksi kedai kedai tersebut.

2.            Langkah kedua
Menggunakan canting yang telah diisi lilin cair untuk mencorakkan kain. Kepanasan lilin perlu dikawal agar tidak terlalu panas untuk mengelakkan garisan lilin kembang dan sekaligus menghasilkan garisan yang tidak konsisten. Pelukis terpaksa menuangkan semula lilin cair ke dalam bekas lilin sebelum lilin cair itu sejuk. Seterusnya menceduk lilin lain bagi menjamin aliran lilin cair tersebut dapat digunakan dengan lancar.


3.            Langkah ketiga
Mematikan warna. Sodium silicate digunakan sebagai bahannya. Proses ini dilakukan untuk memastikan warna tidak akan luntur apabila dibasuh seterusnya.
4.            Langkah keempat
Setelah empat jam direndam kain dalam bahan tersebut, kain tersebut dibasuh dan direbus.  Tujuannya adalah untuk menghilangkan lapisan lilin, sehingga motif yang telah digambar sebelumnya terlihat jelas. Air panas dimasukkan serbuk soda bagi memudahkan lilin ditanggalkan daripada kain. Seterusnya kain tersebut dibasuh sekali lagi dan dibilas.  Paling elok, kain batik ini dijemur di tempat teduh agar warnanya dapat dijamin ketahan dan kualitinya.
Akhirnya terhasillah kain batik lukis yang asli dan teserlah keasliannya. Selain daripada batik lukis atau dikenali juga sebagai batik tulis atau batik canting. Nama tersebut terlahir kerana corak yang dihasilkan secara free-hand. 

Rsanya cukup lah tu… harap ilmu ini akan kelak pada anda semmua…


Terima kasih

1 comment: