Penyakit Buah Pinggang
Sebelum ini mungkin anda tidak tahu bahawa anda sebenarnya mempunyai penyakit buah pinggang pada tahap awal,kerana biasanya anda tidak pernah merasa sakit sama sekali.
Ketika penyakit buah pinggang menyerang,tanda-tanda dan gejala boleh muncul secara bertahap.Setiap individu yang mempunyai penyakit ini pula akan berbeza-beza tanda dan gejalanya.Antara tanda-tandanya ialah:
- Sentiasa merasa penat
- Hilang nafsu makan
- Merasa mual dan muntah
- Berlaku pembengkakan anggota seperti kaki dan muka
- Gatal-gatal
- Mati rasa pada tangan dan kaki
- Kesukaran ketika membuang air kecil
- Mengantuk
- Tekanan darah tinggi
- Anemia
- Masalah penumpuan
- Masalah tidur
- Kekejangan otot
- Kulit menjadi gelap
Disebabkan tanda-tanda dan gejala penyakit buah pinggang hampir menyamai masalah kesihatan yang lain,sebaiknya anda berjumpa dengan doktor dan beritahu tanda-tanda yang anda alami dan buat pemeriksaan kesihatan. Andakah merasa sebegitu cuba berjumpa dengan doktor pada kadar yang segera.
No comments:
Post a Comment