Persediaan Fizikal
Kesihatan
- Tidur yang secukupnya antaranya dari 6 hingga 7 jam sehari . Jadikan tidur anda berkualiti dan tenang. Latih diri anda dari sekarang.
- Jaga pemakanan dengan betul.Mengambi makanan yang baik dan halal. serta makanan yang berkualiti dan bersih.
- Bersukan , bersenam dan bermain mengikut kemampuan diri masing-masing. Tempoh yang sesuai untuk bersenam ata bersukan adalah 20 minit sehari dan 3 kali seminggu. Apabila peperiksaan hampir, lakukan senaman yang ringan sahaja.
Keselamatan
- Menggelakkan dari sebarang kemalangan dan kecederaan pada diri anda. Perkara ini akan menjejaskan pembelajaran anda dan mengundangkan masalah.
- Lebihkan masa di rumah bermaksud luangkan masa di rumah sahaja sewaktu peperiksaan semakin hampir supaya mengelakkan benda yang tidak diingini berlaku.
Persediaan Mental
- Minda positif bermaksud berfikiran yang baik dan mengelamun yang bukan bukan.
- Yakin anda boleh menghadapi peperiksaan ini dengan mudah supaya wujud keberanian dalam diri untuk menghadapinya dengan tabah.
- Jangan takut gagal kerana anda telah berusaha. Jangan sama sekali takut atau menyesal dengan apa yang dapat kerana kita dapat melalui apa yang kita buat.
- Percayalah bahawa semua di sekelilingi anda mahu berjaya dalam hidup bukannya mahu kita gagal.
Persediaan Emosi
- Elakkan pertengkaran antara ahli keluarga, guru-guru dan rakan anda supaya tidak menganggu tumpuan anda dalam pembelajaran.
- Jangan buatkan ibubapa, guru-guru dan rakan anda marah supaya mendapat berkat .
- Terlalu yakin boleh membawa padah jika melakukan benda yang todak baik atau senonoh supaya terhindar dari perkara itu.
Persediaan Rohani
- Lakukan setiap perintah tuhan melalui agama masing masing. Seperti solat, berdoa dan sebagainya.
- Meminta restu daripada kedua ibubapa . Ingat doa ibubapa amat makbul. Selalu memohon ampun dan maaf dengan ibubapa supaya memaafkan kita jika membuat kesalahan sengaja atau tidak sengaja.
- Meminta restu dari guru supaya berkat ilmu yang diajar ole nya.
- Jauhi perkara yang tidak baik bagi kita semua.
No comments:
Post a Comment